Saturday 8 August 2009

Letakkan segala harapanmu kpd Allah

Salam 'Alaikum..bagi memberkati post kali ini,ade baiknya kite bace fatihah dulu.

Alhamdulillah,x lame lg kita nk skolah semula and trial pon dh dekat. jadi,ade baiknya klu kita memohon kpd Allah agar kita ni sentiasa sihat dan trhindar drpd bencana dan dugaan. dan utk kita brhubung dgn Allah ni ade byk cara dan tidak ada halangan utk kita brhubung.

"ANTARA tanda kasih sayang dan rahmat Allah kepada hamba-hamba-Nya adalah Dia tidak mewujudkan sebarang halangan untuk seorang hamba memohon kepada-Nya. Insan diperintahkan berhubung langsung dengan Allah tanpa sebarang ‘broker’ dalam hubungan yang suci itu. Tiada sebarang perantaraan antara Allah dan hamba-hamba-Nya."


sekarang ni kita dpt lihat ramai manusia meminta dgn ssuatu selain drpd Allah.cthnya pegi kubur dan menyuru kpd mayat tu. Bahkan umat islam sndiri buat. Allah ade brfirman

"Dan tiada yang lebih sesat dari orang yang menyeru selain Allah, yang tidak dapat menyahut seruannya sehinggalah ke hari kiamat, sedang mereka (makhluk-makhluk yang mereka sembah itu) tidak dapat menyedari permohonan tersebut. Dan apabila manusia dihimpunkan (untuk dihitung amalan pada hari akhirat), segala yang disembah itu menjadi musuh (kepada orang-orang yang menyembahnya) dan membantah mereka" (surah al- Ahqaf: 5-6).

Dan meminta atau brdoa atau menyeru dgn menyebut/memanggil nama berhala atau para wali juga diharamkan islam. sabda Rasulullah

Daripada Ibn ‘Abbas:“Bahawa seorang lelaki berkata kepada Nabi s.a.w: “Apa yang Allah dan engkau kehendaki.” Maka baginda bersabda kepadanya: Apakah engkau menjadikanku sekutu Allah, bahkan (katakan): apa yang hanya Allah kehendaki. (Riwayat al-Imam Ahmad dinilai sahih oleh Al-Albani, Silsilah al-Ahadith al-Sahihah, 1/266).

Klu kt Urumuqi,China ade satu gua yg di dakwa sbg tmpt ashabul kahfi. dan ramai umat islam pergi ke sana dan meminta hajat. perkara ini boleh merosakkan iman dan sekaligus menjadikan hati menjadi gelap. Klu hati dh gelap camne nk belajar. stakat nk doa kt masjid lagi bagos. Firman Allah,
"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Maka hendaklah mereka menyahut seruan-Ku (dengan mematuhi perintah-Ku), dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku supaya mereka mendapat petunjuk" (surah al-Baqarah: 186).

So,kesimpulannya, Allah sentiasa dkt dgn hambanya,tapi manusia yg tidak ingin meminta drpd Allah..jadi nk dkt peksa,byk2 kn lah berdoa.dan bila nk peksa tu letakkanlah sepenuhnya harapan kita kpd Allah.

sabda Rasulullah:
"Paling dekat hamba dengan tuhannya adalah ketika sujud, maka banyakkan doa ketika sujud." (Riwayat Muslim).

dan klu nk doa tu yakin lah kpd Allah.
sabda Rasulullah:
"Berdoalah kamu kepada Allah Taala dalam keadaan kamu yakin akan dimustajabkan. Ketahuilah sesungguhnya Allah tidak menerima doa dari hati yang lalai dan alpa." (Riwayat al-Tirmizi, disahihkan oleh al-Albani).

1 comment:

محمد خىر said...

jgnlah kite meminta bantuan drpd Allah ketika kite susah sahj(nk pekse),tp sentiasalah kite meminta kpd Allah biarpun waktu kite dlm kesenangan........