Sunday 13 February 2011

hazihi sabili

In the name of ALLAH,the Compassionate,the Merciful

katakanlah [Muhammad] ;inilah jalanku. aku dan orang-orang mengikutiku mengajak [kamu] kepada ALLAH dengan yakin,MAHASUCI ALLAH,aku tidak termasuk orang-orang musyrik.[12;108]

pertama kali jejak ke hidayah,bagi insan yang punya high expectation akan mengalami;
  • culture shock
  • rasa nak keluar balik
  • apa sekolah ni..
the question is...why?
mama saya "bayar beribu-ribu. rugi belajar 5 tahun kat hidayah. keluar tak jadi apa"
jadi apa? angkat kening sebelah.

"khalifah atau sekurang-kurangnya manusia" manusia dalam konteks memenuhi fitrah. fitrah sukakan kebaikan. fitrah mahukan yang terbaik. kalau ada yang tak rasa fitrah yang ALLAH bagi tu.err...mungkin boleh check balik chromosome ada berapa kut..

persoalanya..bagaimana nak jadi insan super hebat dengan bi'ah yang [dot] [dot] [dot] macam sekarang ni?
bi'ah yang paling simple.tapi susah sangat nak ubah. 'kebersihan'

haih..tak faham betul dengan manusia yang suka sangat buang sampah merata-rata dengan sengaja. nak kata sampah yang kita pegang tu berat..rasanya buku revision chemistry lagi berat. setakat plastik gula-gula,kotak air. inshaALLAH semua mampu angkut dan campak dalam trash bin. tak adalah tiba-tiba terjumpa bunga alaf baru dicelah-celah pokok. ya..saya tahu pelajar hidayah memang kreatif. nak2 bab keceriaan sekolah,kelas,asrama, etc. etc. tapi perlukah melawan fitrah pokok? pohon tak mampu hidup tanpa pigment hijau bernama chlorophyll. tak diberi keistimewaan mem 'bloom' bunga air kotak atau plastik karipap mahupun polisterin.

kebersihan sebahagian daripada iman

dimana iman kita jika dari sudut kebersihan totally hancur?

inilah jalanku. no!! makruh guna 'hazihi sabili'. why? kerana semua orang boleh berubah. boleh berevolusi dan bertransformasi. tak banyak,sikit. tak besar,kecil. walaupun sekecil atom jika mampu berubah,maka berubahlah. tong sampah ada disediakan disekitar sekolah. penyapu dan keluarganya setiap kelas dapat. manfaatkanlah.

kita yang kena adapt dengan budaya. bukan budaya yang kena adapt dengan kita.

dan apabila kamu dihormati dengan suatu penghormatan [salam] maka balaslah penghormatan itu dengan lebih baik,atau balaslah[penghormatan itu yang sepadan] dengannya. sungguh,ALLAH memperhitungkan segala sesuatu. [4;86]

sejuk hati dengar orang menghormati kita. dan lagi sejuk bila kita menghormati orang lain kerana itu lebih afdhal. budaya 'maka' kita boleh ikut,budaya menghulur salam? sangat beruntung kepada orang yang establish sesuatu budaya. jika baik,pahala InshaALLAH masuk. saya tidak mahu menjadi thomas edison yang mencipta lampu tetapi tak ada apa yang beliau dapat melainkan nama.

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara: sedekah jariah atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."

[Hadith Sahih - Riwayat Muslim dan lain-lainnya]

rugi kamu,wahai thomas edison..

jadi..jom hidayah lebih memberi salam! perkara ini tak akan berlaku kalau semua tak buat. anyway..daripada buat ketupat disiang hari meskipun wavefront and ter refract ke atas..lebih baik banyakan zikr. dan salah satu daripada zikr memberi salam. zikr ingat ALLAH. bila kita menyebarkan kebaikan dan mendoakan kesejahteraan orang lain,poket pahala inshaALLAH terisi.

manusia lazimnya bila terbiasa akan meneruskan kebiasaan..
kut-kut nanti kat universiti,
"assalamualaykum..prof,"
"err...waalaikumussalam..rajinya bagi salam"

bibir spontan menguntum senyuman..hati terdetik;inilah jalanku..

you're so afraid of taking chances,
how you gonna reach the top?

saya tahu most of hidayah students kenal keratan lagu diatas ni. dan 100% sure orang tak kata lagu ni termasuk dalam kategori lagu soleh.
persoalanya,boleh ke idak dengar lagu-lagu kategori bukan soleh ni?

personally dan pandangan daripada rakan-rakan. kami tak kata jatuh haram. ingat tak lagu ni..

berhibur tiada salahnya
kerana hiburan itu indah
hanya pabila salah memilihnya
membuat kita jadi bersalah.

so..nak kena deletelah ni segala album dan suara merdu ___ dan ___ serta ___?
islam itu mudah dan indah.

kalau lagu-lagu yang sedemikian rupa tak bawa diri ingat pada TUHAN,lebih afdhal tinggalkan. (terasalah seyh.)
kata kunci :ingat pada TUHAN dengan kata lain tidak lagho.
lyrics tu semua kena jaga. kalau ikut cara saya,baca dulu lyrics. tak ada unsur [dot] [dot] [dot] dan sekalian kawan-kawanya terutamanya melibatkan agama,baru search lagu dekat youtube. cumanya,kalau rasa rentak dia ganas sangat,hati-hatilah...takut frequency terlampau tinggi and reach your eardrum natural frequency,resonance might occurs.

telinga yang kita ada sekarang milik ALLAH. banyakan syukur dan jangan kufur.

sesungguhnya ALLAH membela orang yang beriman. sungguh,ALLAH tidak menyukai setiap orang yang berkhianat dan kufur nikmat [22;38]

hati yang tenang sentiasa berhubungan dengan ALLAH. hati yang sukakan kedamaian akan mencari elemen-elemen sisi yang membawa kearah sakinah. well....

I know you can make it,
Go ahead and take it

this is me. this is my way.
jom bertransformasi.

someone asked us "hubungan lelaki dan perempuan yang betul macam mana sebenarnya?" semua orang tunduk dengan tawadhu'. tak tahu nak jawab apa. rasanya dah beberapa kali dekat tarbiyatuna,ada keluarkan guideline. di iluvislam pun ada rasanya.

camne nak cakap ni ea? erhmm...

cuba fikir balik. apa kepentingan kita nak berhubung dengan lelaki/perempuan asing?
kerja? kawan? buah hati?

sangat tak cool bagi pelajar islam hidayah chatting or messaging tanpa sebab-sebab yang kukuh. bagi reason sikit..

-kita siapa dan dia siapa nak layan kita/dia macam kawan?
-not in proper manners.
-la taqrabuzzina??

tapi macam mana dengan konteks 'friend'?
kita bukannya kawan/gurau sambil bertepuk tampar pun..
ya..betul.
tapi dalam tata krama islam,kurang molek sedikit disitu.

jadi...tanya diri. aku kawan dengan dia untuk apa?

sebab 'saya bosan dengan kawan sejantina' merupakan the stupidest reason ever..
lagipun bila ada masalah yang tak dapat difahami oleh kaum selain kaum sendiri,anda berbalik kepada siapa? kawan seangkatan,betul?
tak akan tak ada rasa malu nak share perkara rahsia dengan manusia asing?
kita manusia berfitrah atau makhluk ciptaan ALLAH tanpa guna?

lagipun,secara logik siapa nak kahwin dengan orang yang dah tahu segenap perkara tentang dia.
kan tak adventure tu...tak misteri langsung.
even tak terfikir nak kahwin dengan sekian sekian pun..
your dignity tak terasa jatuh ke?

entahlah..tapi kalau saya. saya tanya diri dulu.
apa yang kau dapat kalau kau main sms dengan dia? harta? duit? dalam perniagaan,semua ahli perniagaan nak banyakan profit bukan loss. same goes to me.

saya teringin nak lihat hidayah tanpa 'ikhtilat pelik'.
my expectation and dream since form1.

"kenapa kau jaga hubungan xy dan xx?"
maka akan aku katakan "inilah jalanku"

otak saya dah cramp sekarang.
don't think about msc. enjoy your writing. itu apa yang puan pembentang kursus penulisan saya cakap.

masa saya sekolah rendah,cikgu pernah tanya.
"tak panas ke pakai macam ni?" long sleeve dengan tudung yang agak labuh jugak masa tu..
saya hanya senyum. tak geleng. tak angguk. walhal dalam hati..
"neraka lagi panas,cikgu!!"

apa yang saya observe sekarang,xx suka sangat pakai seluar skinny.

"wahai Nabi,suruhlah isteri2mu dan anak2 perempuanmu dan perempuan2 yang beriman,supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya(semasa mereka keluar) cara yang demikian lebih sesuai (sebagai perempuan baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. dan (ingatlah) ALLAH adalah MAHA PENGAMPAUN lagi MAHA MENGASIHANI" [33;59]


verse famous bagi wanita.
ingat tak hidayah on stage baru-baru ini.
apa yang kami cuba nak sampaikan.
berfashion tak salah.
nak pakai jeans,boleh. syaratnya jangan ketat. nak pakai blouse boleh,biar longgar dan labuh sedikit. nak pakai tudung syria yang lilit-lilit tu pun tak apa. tapi ada syaratnya. labuhkan.. kalau rasa tudung agak pendek,pakai cardigan diluar. cardigan yang kita pakai tu pulak,tak perlulah ketat macam sarung nangka. see..senangkan? bukanya kena pakai baju kurung ala-ala perempuan melayu terakhir 24/7 atau jubah makcik arab sepanjang masa.

pakaian yang sesuai dengan badan dengan pakaian yang ketat..lain.
sebab itu ada pepatah 'ukur baju dibadan sendiri' memang benar maksud tersiratnya-buat apa yang kita mampu. tetapi ramai orang buat-buat tak nampak perkataan tersurat tu..

here we go..ukur baju dibadan sendiri.

jika ada yang bertanya "kau tak panas ke pakai macam tu?"
katakan: my dress code. inilah jalanku..

inilah jalanku. apa yang aku pilih. maka itu aku.
we're non-perfect but trying to be one. under GOD will.

wassalam

+murshida&munawwarah+



Saturday 17 July 2010

Friday 28 May 2010

Gerakan Kristianisasi

assalam.baca je la post ni. jgn byk komen pnjg sgt.hehe

apa yang gerakan ini takut sangat???

1. Ketakutan dan kebimbangan yang amat akan berlakunya kesatuan umat Islam.

2. Menghapuskan agama-agama lain terutamanya agama Islam.

3. Keruntuhan dan kemunduran gereja Kristian.

4. Permusuhan dan dan dendam kesumat akibat kekalahan peperangan Salib.

5. Keinginan Yahudi untuk menghancurkan semua agama melalui Kristian. Bukanlah sesuatu yang pelik pendakwah kristian yang paling hebat dan bahaya ialah berketurunan yahudi (bahkan negara haram yahudi ditubuhkan oleh zionis kristian british). Begitu juga yang paling hebat dan bahaya di kalangan orientalis ialah juga yahudi (saya rasa ia adalah faktor pertama dan utama berlakunya gerakan ini…). Beberapa cerdik pandai yahudi ada berkata, “kami mengiktiraf semua agama kemudian kami letakkan beberapa persoalan dan keraguan sehingga penganut-penganutnya sentiasa dalam keraguan lalu akan pergi kepada kami. Secara ringkasnya kami masuk ke dalam semua agama manusia dengan kekuatan ekonomi, perubatan dan persenjataan agar kami dapat membawa mereka kepada perpecahan dan kelompok-kelompok yang bercakaran”.

6. Kegagalan mereka untuk memurtadkan kaum muslimin dengan kekuatan. Mereka berkata, “janganlah kamu bertanyakan aku berapa ramai muslimkah yang berjaya aku kristiankan tapi tanyalah berapa muslimkah yang berjaya aku cacatkan keislamannya daripada bangsanya sendiri bagi menghancurkan Islam itu sendiri”. Maka jelaslah kepada kita kenapa ia semuanya berlaku di negara kita.

Tujuan Kristianisasi sama saja dengan tujuan yahudi antaranya ;

1. Memastikan arab sentiasa dalam keadaan yang lemah. Mereka yang mudah memahami alQuran ini mesti dijauhkan daripada alQuran.

2. Menghancurkan kesatuan Islam. Mereka tak boleh bersatu atas nama pun Islam kerana mereka sangat jauh daripada Islam dan ilmunya. Sentiasa berhasad dengki dan penuh dengan sangkan buruk.

3. Menghilangkan kemulian Islam dan Islam itu sendiri dan memutuskan hubungan orang Islam dengan Allah taala. Yang paling menakutkan ialah fahaman sekularisme. Akibat daripada ini lahirlah alim agama yang kurang keahliannya dalam bidang dunia dan mereka dikecilkan bidang kerjayanya. Lahirlah juga alim dunia tapi kurang keahliannya dalam ilmu agama dan mereka dibesarkan bidang kerjayanya.

4. Memburukkan Islam pada pandangan yang bukan Islam dengan mendakwa Islam membawa kemunduran, pengasingan gendre, tiada hubungannya dengan politik dan sebagainya. Orang bukan Islam ini dibentengkan daripada Islam oleh umat Islam sendiri yang sudah dicacatkan keislamannya.

5. Menguasai fikiran, hati, akhlak dan sejarah umat Islam. Sehingga idola mereka bukan lagi ulama’ yang soleh tapi barat dan sekutu-sekutu mereka. (Di sekolah-sekolah pembelajaran sejarah Islam menampakkan kejahatan kerajaan Islam dulu bukannya kebaikan dan keagungan kerajaan dulu yang bersumberkan Islam. Pada hal barat sendiri mengkaguminya. Begitu juga PPSMI, pelaksanaannya hanyalah semata-semata kerana beberapa kerap yang berkuasa yang sangat tergila-gila barat bahkan mereka pun bukannya pandai sangat pun inggeris. Ilmu sains dan matematik mereka pun bukannya hebat.)

Sesungguhnya gerakan kristianisasi dan orientalis adalah perkara yang mesti dipelajari dan diteliti. Kita akan dapati kini, kebanyakan buku atau media massa pasti terdapat perkara atau isyarat yang menunjukkan kepada gerakan ini. Oleh itu kita tidak boleh mengambil sikap acuh tak acuh atau cukup dengan sekadar menolaknya begitu saja seolah-olah masalah ini sudah selesai. Pada hal tiada jalan lain melainkan dengan mengkajinya dan menelitinya.

Apabila musuh-musuh Islam tidak dapat lagi menunduk dan memurtadkan umat Islam secara kasar dan senjata, mereka lantas mengutus tentera mereka di kalangan pendakwah kristian dan orientalis agar meragukan orang-orang Islam tentang agama mereka. Mereka datang kadang-kadang dengan nama kajian ilmu, kadang-kadang dengan nama pembaharuan dan kadang-kadang dengan nama adat dan budaya. Mereka mengupah penulis-penulis upahan yang bodoh dan laparbagi meragukan orang-orang Islam dalam akidah mereka, syariat mereka, al Quran mereka, dan sunnah nabi mereka saw. Sangat banyak contoh kalau mahu diutarakan.

Antara cara mereka ialah ;

Mengasingkan ilmu agama dengan ilmu dunia dengan asingan yang sangat jauh. Dengan ini ia akan menghasilkan perselisihan dan perbalahan dan mencipta permusuhan antara ilmu agama dan ilmu dunia. Bagi penuntut ilmu dunia, mereka dimudahkan jalan untuk menghasilkan harta dan kemegahan. Manakala bagi penuntut ilmu agama, dunia mereka dikecilkan. Begitulah juga kerjaya mereka. Kerja mereka hanyalah jadi guru agama dan mufti sahaja. Tempat mereka hanyalah di masjid dan surau.

Akibat pengasingan ini berlakunya taasub di kalangan kedua-dua pihak ini. Sedangkan tidak dapat tidak masing-masing ada kekurangan yang tidak dapat dihilangkan melainkan dengan tolong menolong antara satu sama lain.

Ini menyebabkan penuntut-penuntut ilmu agama terasing daripada kehidupan dunia. Mereka diasingkan hanya ke masjid-masjid dan apa yang dinamakan jurusan ibadat saja. Para penuntut agama terasing dan terhalang terus daripada bidang dunia. Pandangan mereka dianaktirikan. Cadangan mereka tidak mempunyai kesan untuk mencadang dan merangka. Mereka dihujahkan untuk mengekalkan keadaan dengan mengatakan penuntut agama tiada pengalaman dan kepakaran serta pengkhususan yang sewajarnya.

Kalaulah didesak agar disamakan dan tidak diasingkan antara dua ilmu ini, mereka melaksanakannya juga tetapi hanya sedikit untuk mengawal tekanan umat Islam. Mereka ajar ilmu agama yang tidak dapat difahami daripadanya asas-asas agama. Bab-bab yang tak menyentuh asas-asas akidah, yang tidak menyentuh menyentuh asas-asas muamalat, yang tidak menyentuh asas-asas menegakkan masyarakat Islam dan yang tidak menyentuh asas-asas hukum Islam.

Mereka hanya cuba mencari keredhaan tekanan umat Islam dengan mengadakan bab-bab yang menyentuh akhlak-akhlak yang bersamaan dengan agama lain, sejarah Islam yang telah dikotorkan sehinggalah mereka berjaya memisahkan antara dua ilmu ini. Ini menyebabkan penuntut ilmu dunia apabila melaksanakan ilmu mereka, tak dapat dilaksanakan melainkan dengan mencedok ilmu barat pula jauh untuk mengambil asas-asas Islam. Mereka bukannya dapat memahami alQuran dan al Hadith dan lain-lain daripada ilmu wahyu..

` وَلَن تَرْضَىٰ عَنكَ الْيَهُودُ وَلَا النَّصَارَىٰ حَتَّىٰ تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ ۗ قُلْ إِنَّ هُدَى اللَّهِ هُوَ الْهُدَىٰ ۗ وَلَئِنِ اتَّبَعْتَ أَهْوَاءَهُم بَعْدَ الَّذِي جَاءَكَ مِنَ الْعِلْمِ ۙ مَا لَكَ مِنَ اللَّهِ مِن وَلِيٍّ وَلَا نَصِيرٍ

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (Wahai Muhammad) sehingga Engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam) itulah petunjuk yang benar”, dan demi sesungguhnya jika Engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah Engkau akan perolehi daripada Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu.

Sesungguhnya gerakan kristianisasi dan orientalis adalah perkara yang mesti dipelajari dan diteliti. Kita akan dapati kini, kebanyakan buku atau media massa pasti terdapat perkara atau isyarat yang menunjukkan kepada gerakan ini. Oleh itu kita tidak boleh mengambil sikap acuh tak acuh atau cukup dengan sekadar menolaknya begitu saja seolah-olah masalah ini sudah selesai. Pada hal tiada jalan lain melainkan dengan mengkajinya dan menelitinya.

Apabila musuh-musuh Islam tidak dapat lagi menunduk dan memurtadkan umat Islam secara kasar dan senjata, mereka lantas mengutus tentera mereka di kalangan pendakwah kristian dan orientalis agar meragukan orang-orang Islam tentang agama mereka. Mereka datang kadang-kadang dengan nama kajian ilmu, kadang-kadang dengan nama pembaharuan dan kadang-kadang dengan nama adat dan budaya. Mereka mengupah penulis-penulis upahan yang bodoh dan laparbagi meragukan orang-orang Islam dalam akidah mereka, syariat mereka, al Quran mereka, dan sunnah nabi mereka saw. Sangat banyak contoh kalau mahu diutarakan.

Antara cara mereka ialah ;

Mengasingkan ilmu agama dengan ilmu dunia dengan asingan yang sangat jauh. Dengan ini ia akan menghasilkan perselisihan dan perbalahan dan mencipta permusuhan antara ilmu agama dan ilmu dunia. Bagi penuntut ilmu dunia, mereka dimudahkan jalan untuk menghasilkan harta dan kemegahan. Manakala bagi penuntut ilmu agama, dunia mereka dikecilkan. Begitulah juga kerjaya mereka. Kerja mereka hanyalah jadi guru agama dan mufti sahaja. Tempat mereka hanyalah di masjid dan surau.

Akibat pengasingan ini berlakunya taasub di kalangan kedua-dua pihak ini. Sedangkan tidak dapat tidak masing-masing ada kekurangan yang tidak dapat dihilangkan melainkan dengan tolong menolong antara satu sama lain.

Ini menyebabkan penuntut-penuntut ilmu agama terasing daripada kehidupan dunia. Mereka diasingkan hanya ke masjid-masjid dan apa yang dinamakan jurusan ibadat saja. Para penuntut agama terasing dan terhalang terus daripada bidang dunia. Pandangan mereka dianaktirikan. Cadangan mereka tidak mempunyai kesan untuk mencadang dan merangka. Mereka dihujahkan untuk mengekalkan keadaan dengan mengatakan penuntut agama tiada pengalaman dan kepakaran serta pengkhususan yang sewajarnya.

Kalaulah didesak agar disamakan dan tidak diasingkan antara dua ilmu ini, mereka melaksanakannya juga tetapi hanya sedikit untuk mengawal tekanan umat Islam. Mereka ajar ilmu agama yang tidak dapat difahami daripadanya asas-asas agama. Bab-bab yang tak menyentuh asas-asas akidah, yang tidak menyentuh menyentuh asas-asas muamalat, yang tidak menyentuh asas-asas menegakkan masyarakat Islam dan yang tidak menyentuh asas-asas hukum Islam.

Mereka hanya cuba mencari keredhaan tekanan umat Islam dengan mengadakan bab-bab yang menyentuh akhlak-akhlak yang bersamaan dengan agama lain, sejarah Islam yang telah dikotorkan sehinggalah mereka berjaya memisahkan antara dua ilmu ini. Ini menyebabkan penuntut ilmu dunia apabila melaksanakan ilmu mereka, tak dapat dilaksanakan melainkan dengan mencedok ilmu barat pula jauh untuk mengambil asas-asas Islam. Mereka bukannya dapat memahami alQuran dan al Hadith dan lain-lain daripada ilmu wahyu..

Sunday 18 April 2010

oPen YoUR EyeS - MaHEr zAin

salam alaikum. moga kita sama2 sihat dan sentiasa dilindungi rahmat Allah Ta'ala. jom tgk video ni. dah biasa kan tgk video ni??..xpe tgk byk2.moga bertambah iman kita. dan lihat kebesaran Allah.



tu je kot. erm...k.kelas..bila nak wat reunion???duit ada byk ni.
okay.wassalam.

Monday 12 April 2010

tahniah



tahniah
kepada
semua intisorian.
sbb semua dapat naik pentas.
pada hari ihtifal.
semua useha antum dan KITA berbaloi jugak.
tahniahtahniah dan tahniah!;)

"ukhuwwah fillah abadan abada"

bile na buat reunion?;p

Malaikat > Manusia < Syaitan

Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu .
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini....awal lagi nie?.zzzzzzzz

Manusia - Nak makan, laparlah ??
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah...
Syaitan - Ahh, tak payahla..... dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa? .

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan - Ehh,panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!

Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat..
Syaitan - Ahhh?awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X, punchkanlah?

Manusia - Azan sudah kedengaran... .
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi nieii?.

Manusia - Eh, eh... tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui !
Syaitan - Perggghh.... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok nie..

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh? .

Manusia -Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2.... pandai2lah?

Manusia - aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun. .
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda hanya sekali....rugila. ... (kalau sempatla)

Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah,berpalinglah dari jalan itu .
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh?

Manusia - Uuhhh?letihnya arini..tak solat lagi nieee?.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA,kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu...
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat (jangan mimpilah!) untukmu....

Fikir-Fikirkanlah...

Saturday 13 February 2010

masih ingatkah kalian? :D

Assalamualaikum.
post ini bersempena ade orang kat cbox tu tulis :-

" T-T: rindunya suasana thabat,islah dn intisor.. "

tiba-tiba, ana pon macam rindu. jadinya terhasillah ini . .


Thabat.
Ustaz Hafiz.

ingat tak? mase kita semua yang macam konon-konon bergaduh. haha. pastu macam konon-konon panggil ustaz macam mengadu. memang macam serious habis muka ustaz. sebab banat yang cakap. T_T. pastu bila ustaz masuk je. konon-konon nak jerit 'SUPPRISED!" sama-sama, tapi x jadi. sebab. . . . haa. tu lah kan. pastu ustaz senyum :)

" kamu ni, ade-ade je. saya ingat kamu semua betul-betul gaduh. . . . "

ana ingat tu je yg ustaz cakap!!
pastu. amek gambar bersama.
oh!
yang sebenarnya time tu ade macam latihan kebakaran. bukan latihan, tapi something pasal kebakaran laa yang buat kat dewan Al-qadisiyah tu.
tapi semua x pergi sebab ni lah.
jamuan~
time nak amek gambar tu. macam-macam je.

walaupun ustaz macam garang. garang la jugak. tapi baik kan.
bila time nak muraja'ah tu. memang x bleh main-main.

" kamu nak hafal, pakailah qur'an yang besar sikit. biar senang kamu nak baca/hafal "

ana ingat masa ustaz bagi tahu semua orang yang ade sorang tu baca salah.
dia baca
" rukka'is judud"
yang betulnya
" rukka'is sujud "
pastu ustaz gelak. sebab? ntah. sebab ustaz gelak, tu yang ana ingat.

ade jugak scene di mana ustaz macam marah sampai pen terpatah. kan banat?
scary.
pengajaran: memang x leh pandang ringan pon terhadap ilmu al-qur'an. kene tegas!

ana ingat mase ustaz sangat happy, sebab kelas ceria macam tadika.
bila ustaz senyum, semua senang.

...................................
thabat,
ingat x lagi tragedi pumping dan ketuk ketampi?
masih ingatkah lagi kalian ustaz zaidi?
semua urat,sendi, otot dah sakit.
and sangat seram .
pastu banat, sama2 minta maaf.

macam-macam jadi,
tapi,
ana dah x ingat sangat.
-_-

ohh~


Islah.
Ustaz Kamarullail.

islah.islah.islah.
apa yang ana ingat masa islah?

ana x dapat nak pegi JAMUAN!!
terkilan sangat.
tapi x pe. ade hikmah la tu.
dapat jugak mug besar tu.
dapat jugak rase mushroom sup tu.
dapat jugak rase spaghetti.
kek?
dah cairkan?

ana x dapat nak recall balik lah ape yang jadi masa islah!!

ustaz x suka amek gambar.
tu gambar tu amek secara sirrun,
tapi x sangat sebab ustaz dah tau and ustaz cakap

" ade-ade je kamu nih . . "

bila ustaz ketawa, semua senang.

cerita ustaz ikut isteri ustaz , pegi jepun, pastu pegi uk.
kat UK, keje petik strawberry. dapat jugak duit.
pastu pegi mana lagi?
ana x ingat.
pastu semua orang jakun dengan kereta ustaz yg dari jepun hantar ke MY.

hmm..
ustaz jadi guru kelas intisor 2 bulan je kan? x silap la. rasenye la.


Intisor.
Ustaz Hafis.

first impression. semua orang macam
" wa, guru baru "

mula-mula. ingatkan ustaz macam garang.
memang garang k?
ade k guru x garang?

pastu semua macam
" ustaz x pernah senyum kan?"
mase first time masuk kelas,
mase ustaz nak ta'aruf tu.
ustaz x ta'aruf pon pasal ustaz.

intisor. ustaz guru tahfiz.
tapi,
ana?
dah x dapat nak meneruskan perjuangan lagi.
maybe kemampuan ana hanya untuk mengekalkal hafalan 4 juz' sahaja.
so, ustaz hanya jaga/ajar orang tahfiz je.
jadinya?
ana x kenal sangat ustaz.

tapi, pernah je cakap/tanye kat ustaz

" ustaz belajar kat mesir k? "
" mane ade, kat sini-sini je. malaysia "
" ustaz berape tahun?"
" kamu tekelah. "
" 24.26.28.19 ? "
" saya 5 je "
" haha. oo. ok "
" ustaz orang melaka eh?"
" eh, kenapa kamu teke ustaz orang melaka?"
" oh, betul la tu . orang melaka "
" mana ada . ustaz x cakap pon . . . . "

n so on.

lokasi perbualan : bilik SPBT [kene bold-kan!]

ahaha, ustaz pon nak bergurau jugak.
tapi, macam lawak.
:D

tapi last2 ustaz ade laa jugak kan ustaz senyum, gelak, cakap-cakap, berbual bersama.

...........................

Thabat, Islah, Intisor.
semua guru kelas kita semua dah pindah.

ustaz Hafiz :
dia ada kat Melaka.
ustaz ade e-mail.
tapi dah lama x nampak ustaz on.
sebab ustaz kerja.

ustaz Kamarullail a.k.a bulanmalam :
kenapa ana x tau?? siapa tahu ustaz pegi mana? [ ataupun ana macam lupa . .]

ustaz Hafis:
ustaz pegi jepun jadi imam. [ hasil perbualan dengan ustaz OmarD ]
3 bulan sahaja. [ hasil perbualan dengan adik ]

tapi still, pindah jugak kan~

tiba2 teringat ustaz sebab baca majalah Solusi isu 16 sebab ade pasal IMAM GLOBAL. and imam tu imam kat jepun.
haha.

kenangan banin bersama ustaz mesti lain dengan kenangan banat bersama ustaz kan.
mesti la.

jadinya.
semua dah tiada.
sekarang ni,
semua dah form 4.
semua dah berjaya.
semua dah form 4.
semua dah x sama kelas dah.
lain-lain guru kelas, sebab semua dah x sama kelas.

hmm.

ok.
itu sahaja.

terima kasih kepada

" T-T: rindunya suasana thabat,islah dn intisor.. "

tanpa anda, saya rasa tiadanya post ini.

syukran.

semoga semua guru kelas kita ni semua berjaya di mana sahaja mereka berada dan juga di bawah perlindungan Allah serta dipermudahkan segala urusan mereka . .

salamualaikum~