Saturday 19 July 2008

Tuesday 8 July 2008

denda.

bismillah,,assalamu'alaykum.

ehem, seperti yang kite semua maklum, pada hari isnin lepas bersamaan 7 julai 2008, hampir semua pelajar 2 islah didenda oleh ustaz zaidi. banin pumping 70 kali, banat ketuk ketampi 60 kali. pengalaman yang sangatla 'best'!

seperti yang didengar, terdapat banyak sangat rungutan dan ketidakpuashatian dari pihak banat. dari pihak banin, ana tak taula. tapi gitulah keadaannya dari pihak banat.

cumanya, nak cakap di sini, jadilah orang yang optimis, bukan pesimis.
maksudnya, berfikiran positif bukan negatif.

cuba kita renung balik dendaan tu dari sudut yang lagi positif.
mungkin salah kita jugak, sebab tu kita didenda.
yela, ramai yang kate, kitorang hantar buku, tapi ustaz yang tak tande.

tapi, cuba ingat balik subjek2 lain. banyak sangat kerja yang tak siap.
jadi, ini mungkin dendaan dari Allah untuk kita, supaya kita sedar.
ini satu peringatan, jadi, ambil sebagai iktibar, bukan terus-terusan merungut.

kalau difikir dari sudut kesan jangka masa panjang ataupun long-term effect,
mungkin ni mau'izah dari Allah, untuk ingatkan kita tentang hari akhirat.
yela, pada hari tersebut, kita akan dibalas.
kalau kita buat apa yang Allah suruh, kita dapat ganjaran iaitu syurga.
kalau kita tak buat, kita dapat denda iaitu neraka.
cuba refleksikan situasi hari akhirat pada keadaan sekarang.
sebab kite tak buat ape yang ustaz suruh la, kite dapat dendanya kan?
so, pengajarannya, lain kali janganlah buat lagi.
dah dapat peringatan sekali, cepat2la insaf.

kesimpulannya?
jadi optimis. selalu koreksi diri. bersihkan hati. bagaimana? istighfar!

alhamdulillah,,selesai!

wassalam..

*peringatan.buat.diri.sendiri*