Sunday 13 February 2011

hazihi sabili

In the name of ALLAH,the Compassionate,the Merciful

katakanlah [Muhammad] ;inilah jalanku. aku dan orang-orang mengikutiku mengajak [kamu] kepada ALLAH dengan yakin,MAHASUCI ALLAH,aku tidak termasuk orang-orang musyrik.[12;108]

pertama kali jejak ke hidayah,bagi insan yang punya high expectation akan mengalami;
  • culture shock
  • rasa nak keluar balik
  • apa sekolah ni..
the question is...why?
mama saya "bayar beribu-ribu. rugi belajar 5 tahun kat hidayah. keluar tak jadi apa"
jadi apa? angkat kening sebelah.

"khalifah atau sekurang-kurangnya manusia" manusia dalam konteks memenuhi fitrah. fitrah sukakan kebaikan. fitrah mahukan yang terbaik. kalau ada yang tak rasa fitrah yang ALLAH bagi tu.err...mungkin boleh check balik chromosome ada berapa kut..

persoalanya..bagaimana nak jadi insan super hebat dengan bi'ah yang [dot] [dot] [dot] macam sekarang ni?
bi'ah yang paling simple.tapi susah sangat nak ubah. 'kebersihan'

haih..tak faham betul dengan manusia yang suka sangat buang sampah merata-rata dengan sengaja. nak kata sampah yang kita pegang tu berat..rasanya buku revision chemistry lagi berat. setakat plastik gula-gula,kotak air. inshaALLAH semua mampu angkut dan campak dalam trash bin. tak adalah tiba-tiba terjumpa bunga alaf baru dicelah-celah pokok. ya..saya tahu pelajar hidayah memang kreatif. nak2 bab keceriaan sekolah,kelas,asrama, etc. etc. tapi perlukah melawan fitrah pokok? pohon tak mampu hidup tanpa pigment hijau bernama chlorophyll. tak diberi keistimewaan mem 'bloom' bunga air kotak atau plastik karipap mahupun polisterin.

kebersihan sebahagian daripada iman

dimana iman kita jika dari sudut kebersihan totally hancur?

inilah jalanku. no!! makruh guna 'hazihi sabili'. why? kerana semua orang boleh berubah. boleh berevolusi dan bertransformasi. tak banyak,sikit. tak besar,kecil. walaupun sekecil atom jika mampu berubah,maka berubahlah. tong sampah ada disediakan disekitar sekolah. penyapu dan keluarganya setiap kelas dapat. manfaatkanlah.

kita yang kena adapt dengan budaya. bukan budaya yang kena adapt dengan kita.

dan apabila kamu dihormati dengan suatu penghormatan [salam] maka balaslah penghormatan itu dengan lebih baik,atau balaslah[penghormatan itu yang sepadan] dengannya. sungguh,ALLAH memperhitungkan segala sesuatu. [4;86]

sejuk hati dengar orang menghormati kita. dan lagi sejuk bila kita menghormati orang lain kerana itu lebih afdhal. budaya 'maka' kita boleh ikut,budaya menghulur salam? sangat beruntung kepada orang yang establish sesuatu budaya. jika baik,pahala InshaALLAH masuk. saya tidak mahu menjadi thomas edison yang mencipta lampu tetapi tak ada apa yang beliau dapat melainkan nama.

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara: sedekah jariah atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."

[Hadith Sahih - Riwayat Muslim dan lain-lainnya]

rugi kamu,wahai thomas edison..

jadi..jom hidayah lebih memberi salam! perkara ini tak akan berlaku kalau semua tak buat. anyway..daripada buat ketupat disiang hari meskipun wavefront and ter refract ke atas..lebih baik banyakan zikr. dan salah satu daripada zikr memberi salam. zikr ingat ALLAH. bila kita menyebarkan kebaikan dan mendoakan kesejahteraan orang lain,poket pahala inshaALLAH terisi.

manusia lazimnya bila terbiasa akan meneruskan kebiasaan..
kut-kut nanti kat universiti,
"assalamualaykum..prof,"
"err...waalaikumussalam..rajinya bagi salam"

bibir spontan menguntum senyuman..hati terdetik;inilah jalanku..

you're so afraid of taking chances,
how you gonna reach the top?

saya tahu most of hidayah students kenal keratan lagu diatas ni. dan 100% sure orang tak kata lagu ni termasuk dalam kategori lagu soleh.
persoalanya,boleh ke idak dengar lagu-lagu kategori bukan soleh ni?

personally dan pandangan daripada rakan-rakan. kami tak kata jatuh haram. ingat tak lagu ni..

berhibur tiada salahnya
kerana hiburan itu indah
hanya pabila salah memilihnya
membuat kita jadi bersalah.

so..nak kena deletelah ni segala album dan suara merdu ___ dan ___ serta ___?
islam itu mudah dan indah.

kalau lagu-lagu yang sedemikian rupa tak bawa diri ingat pada TUHAN,lebih afdhal tinggalkan. (terasalah seyh.)
kata kunci :ingat pada TUHAN dengan kata lain tidak lagho.
lyrics tu semua kena jaga. kalau ikut cara saya,baca dulu lyrics. tak ada unsur [dot] [dot] [dot] dan sekalian kawan-kawanya terutamanya melibatkan agama,baru search lagu dekat youtube. cumanya,kalau rasa rentak dia ganas sangat,hati-hatilah...takut frequency terlampau tinggi and reach your eardrum natural frequency,resonance might occurs.

telinga yang kita ada sekarang milik ALLAH. banyakan syukur dan jangan kufur.

sesungguhnya ALLAH membela orang yang beriman. sungguh,ALLAH tidak menyukai setiap orang yang berkhianat dan kufur nikmat [22;38]

hati yang tenang sentiasa berhubungan dengan ALLAH. hati yang sukakan kedamaian akan mencari elemen-elemen sisi yang membawa kearah sakinah. well....

I know you can make it,
Go ahead and take it

this is me. this is my way.
jom bertransformasi.

someone asked us "hubungan lelaki dan perempuan yang betul macam mana sebenarnya?" semua orang tunduk dengan tawadhu'. tak tahu nak jawab apa. rasanya dah beberapa kali dekat tarbiyatuna,ada keluarkan guideline. di iluvislam pun ada rasanya.

camne nak cakap ni ea? erhmm...

cuba fikir balik. apa kepentingan kita nak berhubung dengan lelaki/perempuan asing?
kerja? kawan? buah hati?

sangat tak cool bagi pelajar islam hidayah chatting or messaging tanpa sebab-sebab yang kukuh. bagi reason sikit..

-kita siapa dan dia siapa nak layan kita/dia macam kawan?
-not in proper manners.
-la taqrabuzzina??

tapi macam mana dengan konteks 'friend'?
kita bukannya kawan/gurau sambil bertepuk tampar pun..
ya..betul.
tapi dalam tata krama islam,kurang molek sedikit disitu.

jadi...tanya diri. aku kawan dengan dia untuk apa?

sebab 'saya bosan dengan kawan sejantina' merupakan the stupidest reason ever..
lagipun bila ada masalah yang tak dapat difahami oleh kaum selain kaum sendiri,anda berbalik kepada siapa? kawan seangkatan,betul?
tak akan tak ada rasa malu nak share perkara rahsia dengan manusia asing?
kita manusia berfitrah atau makhluk ciptaan ALLAH tanpa guna?

lagipun,secara logik siapa nak kahwin dengan orang yang dah tahu segenap perkara tentang dia.
kan tak adventure tu...tak misteri langsung.
even tak terfikir nak kahwin dengan sekian sekian pun..
your dignity tak terasa jatuh ke?

entahlah..tapi kalau saya. saya tanya diri dulu.
apa yang kau dapat kalau kau main sms dengan dia? harta? duit? dalam perniagaan,semua ahli perniagaan nak banyakan profit bukan loss. same goes to me.

saya teringin nak lihat hidayah tanpa 'ikhtilat pelik'.
my expectation and dream since form1.

"kenapa kau jaga hubungan xy dan xx?"
maka akan aku katakan "inilah jalanku"

otak saya dah cramp sekarang.
don't think about msc. enjoy your writing. itu apa yang puan pembentang kursus penulisan saya cakap.

masa saya sekolah rendah,cikgu pernah tanya.
"tak panas ke pakai macam ni?" long sleeve dengan tudung yang agak labuh jugak masa tu..
saya hanya senyum. tak geleng. tak angguk. walhal dalam hati..
"neraka lagi panas,cikgu!!"

apa yang saya observe sekarang,xx suka sangat pakai seluar skinny.

"wahai Nabi,suruhlah isteri2mu dan anak2 perempuanmu dan perempuan2 yang beriman,supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya(semasa mereka keluar) cara yang demikian lebih sesuai (sebagai perempuan baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. dan (ingatlah) ALLAH adalah MAHA PENGAMPAUN lagi MAHA MENGASIHANI" [33;59]


verse famous bagi wanita.
ingat tak hidayah on stage baru-baru ini.
apa yang kami cuba nak sampaikan.
berfashion tak salah.
nak pakai jeans,boleh. syaratnya jangan ketat. nak pakai blouse boleh,biar longgar dan labuh sedikit. nak pakai tudung syria yang lilit-lilit tu pun tak apa. tapi ada syaratnya. labuhkan.. kalau rasa tudung agak pendek,pakai cardigan diluar. cardigan yang kita pakai tu pulak,tak perlulah ketat macam sarung nangka. see..senangkan? bukanya kena pakai baju kurung ala-ala perempuan melayu terakhir 24/7 atau jubah makcik arab sepanjang masa.

pakaian yang sesuai dengan badan dengan pakaian yang ketat..lain.
sebab itu ada pepatah 'ukur baju dibadan sendiri' memang benar maksud tersiratnya-buat apa yang kita mampu. tetapi ramai orang buat-buat tak nampak perkataan tersurat tu..

here we go..ukur baju dibadan sendiri.

jika ada yang bertanya "kau tak panas ke pakai macam tu?"
katakan: my dress code. inilah jalanku..

inilah jalanku. apa yang aku pilih. maka itu aku.
we're non-perfect but trying to be one. under GOD will.

wassalam

+murshida&munawwarah+