Tuesday 8 July 2008

denda.

bismillah,,assalamu'alaykum.

ehem, seperti yang kite semua maklum, pada hari isnin lepas bersamaan 7 julai 2008, hampir semua pelajar 2 islah didenda oleh ustaz zaidi. banin pumping 70 kali, banat ketuk ketampi 60 kali. pengalaman yang sangatla 'best'!

seperti yang didengar, terdapat banyak sangat rungutan dan ketidakpuashatian dari pihak banat. dari pihak banin, ana tak taula. tapi gitulah keadaannya dari pihak banat.

cumanya, nak cakap di sini, jadilah orang yang optimis, bukan pesimis.
maksudnya, berfikiran positif bukan negatif.

cuba kita renung balik dendaan tu dari sudut yang lagi positif.
mungkin salah kita jugak, sebab tu kita didenda.
yela, ramai yang kate, kitorang hantar buku, tapi ustaz yang tak tande.

tapi, cuba ingat balik subjek2 lain. banyak sangat kerja yang tak siap.
jadi, ini mungkin dendaan dari Allah untuk kita, supaya kita sedar.
ini satu peringatan, jadi, ambil sebagai iktibar, bukan terus-terusan merungut.

kalau difikir dari sudut kesan jangka masa panjang ataupun long-term effect,
mungkin ni mau'izah dari Allah, untuk ingatkan kita tentang hari akhirat.
yela, pada hari tersebut, kita akan dibalas.
kalau kita buat apa yang Allah suruh, kita dapat ganjaran iaitu syurga.
kalau kita tak buat, kita dapat denda iaitu neraka.
cuba refleksikan situasi hari akhirat pada keadaan sekarang.
sebab kite tak buat ape yang ustaz suruh la, kite dapat dendanya kan?
so, pengajarannya, lain kali janganlah buat lagi.
dah dapat peringatan sekali, cepat2la insaf.

kesimpulannya?
jadi optimis. selalu koreksi diri. bersihkan hati. bagaimana? istighfar!

alhamdulillah,,selesai!

wassalam..

*peringatan.buat.diri.sendiri*

1 comment:

zaj said...

salam,

2 islah adalah antara kelas yg suka ustaz masuk utk mengajar dan kelas yg selalu juga ustaz jadikan pengajaran utk kelas2 lain di kala ustaz sdg mengajar.

namun, byk sikap pelajar kelas ini yg ustaz rasakan tidak selari dgn slogan yg antum selalu laungkan, malah ada ditampal di kelas iaitu HAMALATUL QUR'AN...

tidak perlulah ustaz sebutkan atau jelaskan disini sikap2 tersebut, sbb ust sudahpun menyebutnya di dalam kelas antum. kerana masalah2 di dalam kelas antum adalah privasi antum yg perlu antum selesaikan sendiri dgn bimbingan guru kelas antum... namun, jika tidak berjaya, barulah cari alternatif lain utk mengatasi maslah tersebut...

tidak perlulah utk antum sebarkan apa yg terjadi, bukankah itu membuka pekung antum semua ? tidakkah tercalar imej antum sbg 2 islah kelas tahfiz dek kerana masalah antum hingga kena denda hingga begitu sekali ? berfikirlah sebagaimana orang bijaksana dalam hal ini... selalulah minta tunjuk ajar dr org yg lebih berpengalaman dr diri antum semua...

antaranya berjumpalah dgn guru yg mengajar antum... untuk menyelesaikan sbrg rasa tidak puas hati dan meleraikan persengketaan... bukannya sekadar ckp2 belakang hingga mencaci ustaz dgn perkataan yg sungguh tidak soleh...

nasihatkanlah kawan2 antum yg pernah mencaci guru2 di SMIH ini agar bertaubatlah... jika perkara tersebut tidak diketahui oleh guru yg dicaci, maka mohonlah ampun dr Allah atas kesalahan itu... dan jika cacian itu sampai kepengetahuan guru tersebut, berjumpalah dia utk memohon maaf...

agar ilmu yg di pelajari mendapat keberkatan Ilahi, agar hidup kalian dipermudahkan oleh Allah... agar segala urusan kalian sentiasa di bwah redha Tuhan Sekalian Alam...

sekian... wassalam