Monday, 18 May 2009
_Jadual peperiksaan_
Jumaat-Fiqh dan Ulum Quran
Isnin-Bm1,2 dan Sejarah
Selasa-BI1,2 dan Maths 1
Rabu-Science1,2 dan KMT
Khamis-Maths2-PI
Jumaat-Geografi,BA dan Hafazan
p/s:hafazan tidak ditulis dalam jadual tetapi pepriksaan QTH akan diadakan pada Jumaat depan.Jadi kemungkinan besar hafazan juga pada hari yang sama.
Friday, 15 May 2009
_Ust Kamarul Lail Salam_
Friday, 17 April 2009
ketika itu..,
Seluruh manusia dibangkitkan dari kubur ke Padang Mahsyar. Mereka berdiri di sana selama Allah kehendaki, dalam keadaan telanjang dan tanpa alas kaki. Ketika telah tiba saatnya Allah hendak menghisab mereka, kitab-kitab yang ditulis oleh para malaikat pencatat diperintahkan untuk menyebutkan amal perbuatan manusia, lalu diberikan kepada mereka. Di antara mereka ada yang diberikan kitabnya dari sebelah kanan. Mereka itulah orang yang berbahagia. Dan di antara mereka ada yang diberi kitabnya di sebelah kiri atau di belakang mereka, yaitu orang-orang yang sengsara. Pada hari itulah manusia akan membaca kitanya.
Bayangkan kamu berdiri di "Hari Pembelaan" dalam keadaan telanjang.
Sementara api menyala-nyala, menunggu orang yang dimasukkan dan dimurkai
Dan Tuhan, pemilik Arsy, murka kepada orang-orang yang durhaka
Hai hamba-hambaKu, bacalah kitabmu dengan cermat
Apakah engkau melihat ada huruf yang tidak pada tempatnya?
Saat engkau telah membacanya dan tidak mengingkari
Itulah pengakuan kepada yang Maha Mengetahui segala sesuatu
Bawalah orang ini wahai malaikatKu
Lemparkan hamba yang durhaka ini ke dalam neraka yang sedang lapar!
Esok, orang-orang musyrik akan terbakar di neraka
Sedang orang-orang mukmin akan tinggal di syurga nan abadi
Bayangkan dirimu tatkala berada di Tuhanmu, dan di tanganmu ada lembaran yang memberitakan seluruh amal perbuatanmu, yang tidak meluputkan satu musibah pun yang dahulu engkau sembunyikan dan tidak satu rahsia pun yang dahulu engkau simpan. Engkau baca apa yang tertulis di dalamnya dengan lidah yang kelu dan hati dan yang patah, sementara kengerian menghantui dirimu dari depan dan dari belakang. Berapa banyak musibah yang dahulu engkau lupakan, Allah tampakkan! Berapa banyak perbuatan yang dahulu engkau kira bersih dan diterima, ternyata Allah menolaknya dan menghapusnya pada hari itu! padahal harapanmu sangat besar! Alangkah menyesalnya engkau atas kelalaianmu dan ketaatan kepada Tuhanmu.
Bayangkan dirimu saudaraku, seandainya engkau termasuk orang-orang yang bahagia. Engkau keluar ke hadapan seluruh makhluk dengan wajah berseri-seri. Kesempurnaan, kebaikan dan keindahan melekat pada dirimu. Kitabmu ada ditangan kananmu. Malaikat memegang kedua tanganmu seraya berseru di muka seluruh makhluk, "Ini si Fulan bin Fulan. Ia benar-benar berbahagia dan tidak akan menderita untuk selamanya."
Dan seandainya engkau termasuk orang-orang yang sengsara, wajahmu muram. Engkau melangkah melewati para mahkluk dengan kitab di tangan kirimu atau di belakang punggungmu. Engkau meratapi dirimu sendiri atas nasib yang amat sial. Malaikat memegang kedua tanganmu seraya berseru di muka seluruh makhluk, "Ketahuilah, sesungguhnya si Fulan bin Fulan benar-benar sengsara dan tidak akan bahagia selama-lamanya."
*buku Agenda Muhasabah-Panduan Muhasabah Yaumiah.
Monday, 2 March 2009
BOYCOTT ISRAEL...adekah patut atau tidak??
peace b upon all of u.. dcni nk kongsi sket tntg ape yg terlintas di akal ni..sbnrynye ketike sedang balajar fiqh tadi ade sebuah hadis yg bermaksud.. 'suatu ketika Nabi S.A.W. membeli makanan drpd seorg yahudi dengan bayaran tertangguh & baginda menggadaikan sebuah perisai besi kpdnye' maka ketika menghafal hadis ni terlintas di benak fikiran ana bahawa adekah patut ana memboycott barangan yahudi sedangkan Rasulullah sendiri membeli barangan yahudi..lebih2 lg pada zaman dahulu rasenye yahudi amat menentang Islam same juge dgn situasi pada ketika ini..tambahan pula Rasulullah menggadaikan baju besinye..sdgkn baju besi merupakan alatan perang yg amat berpengaruh pada zaman itu.. jadi ana maseh tertanye-tanye adekah wajar kite semua memboycott yahudi atau sebaliknye??ana berase ragu2..marilah same2 kite renungkan dan fikirkan sejenak..sesape yg dah dpt jwpn tu bolehla berkongsi dgn org len..time kaseh.. |
Saturday, 7 February 2009
peace.

Saat ini,
Amat medebarkan,
Amat mencemaskan,
Seorang demi seorang anak kecil,
Dibunuh.. diseksa.. dizalimi..
Dengan penuh sifat kezaliman dan kekejaman,
Tika epilog itu menghantui dunia,
Tika itu manusia mengalirkan air mata,
Tika itu manusia merintih simpati,
Tapi tak siapa yang dapat menduga,
Perasaan anak kecil Palestin di bumi anbia,
Keseorangan tanpa ibu bapa,
Panggilan walid dan ummi kedengaran,
Teriakan bayi kecil berlumuran darah,
Memecah kesunyian malam,

Seluruh isi dunia ini,
Termasuk kita,
Wahai saudara seIslamku,
Umat junjungan Rasulullah S.A.W,
Masih nyenyak tidur diulit mimpi indah,
Berselimut dan bertilam empuk,
Tapi,
Saudara seIslamku,
Umat Rasulullah S.A.W,
Sedang bertarung nyawa,
Bermujahadah di jalan Allah,
Memohon pertolonganNya Yang Maha Kuasa,

Alangkah hinanya kita Umat Islam,
Masih bersuka ria dikala mereka berkelana,
Mengagungkan Barat tanpa penghujungnya,
Pernahkah terlintas di benak fikiran,
Pernahkah terdetik dihati,
Untuk menghulur sedikit pertolongan,
Untuk merasai sedikit penderitaan.. keperitan,
Tika aku terjaga dari tidurku,
Terlintas di hati bertapa lekanya aku,
Lantas aku sucikan diriku dengan wuduk,
Lantas ku mengangkat tadbir untuk mendekatkan diriku kepada Mu,
Tika itu,
Terasa Engkau dekat disisiku Ya Allah,
Meskipun aku tidak berdaya untuk menolong mereka,
Anak–anak kecil berhati waja di bumi anbia,
Namun,
Ku yakin doa yang ku panjatkan buat mereka,
Moga dimakbulkan olehNya,
Amin Ya Rabbal A’lamin..

Terus mengalir air mataku di pipi,
Tanda kesayuan merenung nasib saudaraku,
Saudara itu Saudara SeIslamku!!
Friday, 23 January 2009
Tuntut hak anda!
"Benci!!"
"Menyampah betul!!"
"Dahlah panas.."
"Bangunan ******** ni,kan..eee.."
"Tak pandai atur plan"
"Wei..geram"
Wednesday, 21 January 2009
renungan+fikirkan+amalkan
assalaamualaikum.. (Annur:31)
|
2-jgnlh mrk mghntkkn kakinye agr dktahui pehiasn yg mereka smbunyikn..mksdnye bile sorg pmpn bejln de kene jln dgn sopan dn tidak mengeluarkn bunyi hentakn..cthnye klo pompan de pki ksut tggi nnti de jln kn ade bunyi2..tu yg tk blh tu..atau de jln hntk kaki kuat2 smpi bgnn nk roboh pon tk leh gak..krs len cter r..so bg pndpt ana la..pmpn tkleh pki kasut tumit tggi sbb nnti de berbunyik kn..??bunyi tu blh mnarik phatian llki..sbb tu tk leh...
ape yg dsmpikn ni blh dgunekn utk bnn jgk mnetau nk bdakwah ke..kn??k..tu je yg ana nk smpikn..ana harap sumenye open minded..dan fikir2kn la..tgk kpd ape yg dsmpikn bkn siape yg mnympaiknnye..last skali ana minta maaf klo ade tslh ckp......peace no war!!!!!!!!!